Bahaya duduk secara tegak
Orang zaman sekarang bekerja lebih banyak duduk daripada berdiri. Di pejabat duduk, naik kereta duduk, di rumah pun duduk. Dengan kata lain dalam masa 24 jam majoriti masa kita dipenuhi dengan aktiviti duduk.
Ada terbaca satu artikel tentang bahaya duduk dalam posisi tertentu. Ini adalah petikannya:
Kebiasaan duduk tegak ternyata tidak baik untuk punggung kerana posisi ini menghasilkan tekanan yang boleh menyebabkan perubahan bentuk tulang punggung atau dikenali juga sebagai cacat tulang punggung.Para penyelidik dari Scotland dan Kanada memberitahu, posisi duduk terbaik adalah bersandar pada kedudukan 135 darjah.Hasil ini diperoleh selepas kajian dilakukan menggunakan mesin pengimbas resonan magnetik (MRI).Kajian yang dilakukan di Hospital Woodend, Britain itu membabitkan 22 orang responden yang mempunyai tulang punggung sihat dan mereka kemudiannya menjalani pengimbasan MRI yang memungkinkan responden bebas bergerak, duduk atau berdiri.Dalam kajian ini, responden duduk dalam tiga posisi. Posisi pertama adalah membongkok, dengan badan bersandar di meja atau seperti sedang mengendalikan konsol permainan.Posisi kedua adalah duduk tegak 90 darjah manakala posisi terakhir bersandar pada kedudukan 135 darjah, dengan kaki diletakkan di lantai.Penyelidik mendapati, pergeseran ruas pada tulang terjadi ketika terdapat beban yang ditempatkan pada tulang belakang dan ia mengakibatkan ruas tulang terkeluar daripada susunan.Pergeseran paling banyak ditemukan pada posisi duduk 90 darjah dan paling sedikit terjadi pada posisi 135 darjah."Duduk sesuai dengan posisi anatomi sangat penting kerana posisi duduk yang salah boleh meningkatkan beban pada tulang belakang dan ligamen."Akibatnya timbul rasa sakit, bentuk tulang punggung berubah dan pelbagai penyakit kronik," kata ketua penyelidik, Dr. Waseem Bashir dari Jabatan Radiologi dan Pengimejan Diagnostik di Universiti Alberta, Kanada.Menurutnya, posisi duduk 135 darjah bagaimanapun boleh menyebabkan seseorang terjatuh."Mungkin sebaik-baiknya posisi 120 darjah kerana ia masih memungkinkan kedudukan yang baik antara paha dan punggung," katanya.Data daripada Persatuan Kiropraktik Britain menyatakan, sebanyak 32 peratus daripada masyarakat menghabiskan waktu dengan duduk selama 10 jam sehari dan selebihnya tidak meninggalkan kerusi pada waktu makan tengah hari manakala yang lainnya juga kembali duduk setibanya di rumah.
P/S: ibu & Ayah Anda Ada Kencing Manis?
KLIK DISINI